Tuesday 19 July 2011

WACANA (DISCOURSES)





Erti Perkataan Wacana


§           Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris.
Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti:
?   Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-
idea atau gagasan-gagasan atau percakapan
? Hubungan secara umum, terutama sebagai 
suatu subjek kajian atau pokok bahasan
? Risalah tulisan, disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah

§           Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru
1993 : 1484 bererti:
?   Ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan 
tutur yang merupakan suatu kesatuan
?   Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa

§      Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat
disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama 
dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana 
lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan 
dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.




Batasan Wacana


Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, ada baiknya kita melihat batasan (definisi)
wacana dariapada beberapa tokoh bahasa di bawah ini:

§           STUBBS, MICHAEL
Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih
besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, 
wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih 
besar daripada ayat atau klausa, sepertipertukaran
-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. 
Secara ringkas; yang disebut teks bagi wacana
adalah ayat bagi ujaran.

§           ASMAH HAJI OMAR
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas 
ayat, yang di dalamnya memperlihatkan 
hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran 
yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, 
ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen,
cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.

§           HARIMURTI KRIDALAKSANA
Wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam 
hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa
tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan 
dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, 
ensiklopedia, dan sebagainya), paragraf, ayat 
atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

§           HENRY GUNTUR TARIGAN
Wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap 
dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau 
klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi
yang berkesinambungan yangg mempunyai 
awal dan akhir yang nyata disampaikan 
secara lisan atau tertulis.



Huraian daripada beberapa batasan wacana ini memperlihatkan persamaan dan perbezaan pendapat, namun begitu kita dapat mengemukakan bahawa hakikat wacana itu adalah terdiri daripada lapan unsur penting, iaitu

1.     Satuan bahasa
2.     Terlengkap / terbsesar / tertinggi
3.     Mengatasi ayat / klausa
4.     Teratur / tersusun rapi / rasa koherensi (kepaduan)
5.     Berkesinambungan
6.     Rasa kohesi (kepautan)
7.     Lisan / tulisan
8.     Awal dan akhir




WACANA



1.Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.
2.Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.
3.Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.
4Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'
ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
5.Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
6.Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:a. pendahuluan
b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c. penutup
d. graf, jadual, peta dan statistik.
7.Ia dapat digambarkan seperti berikut:
8.Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.
9.Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
FungsiContoh
1. Tambahandan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
2. Urutanpertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya.
3. Penyataan semulaiaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan.
4. Contohcontohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai.
5. Rumusanrumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata
6. Tempatberhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan.
7. Waktuapabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya.
8. Sebab dan kesanoleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu.
9. Bandinganseperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan.
10. Pertentangantetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan.
11. Pengesahansebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya.